Sunday, September 04, 2011

lambaianku

katakan TIDAK !!
err,apa yang aku cuba maksudkan ?

 jika kita memberi pengharapan kepada seseorang terutama berkaitan cinta.
amat susah untuk menjaga hati seseorang yang kita sayangi atau cintai.
setelah dia mula menyayangi, hendaklah kita menjaga hatinya.
Betul x ?
*tanya diri sendiri laa.haha

sbb tu bila kita merelakan hati utk bercinta, seriuslah dlm tindakan dan keputusan.
kalau hanya main-main akan ada pihak yang menangis.
bayangkan betapa sakit dan menderitanya bila permainkan perasaan orang.
kalau kena kat kita pun,kita terasa perit kan.
*fikirkanlah ^_^

semua kena faham,cinta pertama kita akan kekal bersama sehingga akhir hayat kita. InsyaAllah..
ibarat gambar foto yang kita ambil dan simpan dlm album.
kekal di situ meskipun ada banyak lagi gambar yang kita ambil dan letakkan di atasnya.

cinta adalah fitrah manusia, Allah menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kpd hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka.

Firman Allah :
 “Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49)

ingin bercinta dan ingin dicintai itu adalah fitrah.
cuma mestilah kena pada masa dan keadaan yang sesuai kan.
Allah memang menciptakan segala sesuatu yang ada di dunia ini saling berpasang-pasangan.
ada langit ada bumi, ada siang ada malam, ada kanan ada kiri, ada atas ada bawah, dan ada laki-laki ada perempuan.

dengan memenuhi "syarat dan rukunnya" itu manusia dapat mencapai kebahagiaan hidup berumah tangga yang sebaik-baiknya dan juga terhormat melalui ~ Nikah : connecting people ^_^

sekarang ni aku tengok,budak-budak sekolah yang "couple" ni mcm cendawan tumbuh selepas hujan.
banyak gila laa weh. kalau form 4 mcm tu xpa lg laa. *kira standard not modified laa
ni tidak,yang baru nak kenal dunia (stadard 5-form 3) tu dah hebat sangat !!
tobat aku menyampah tengok !! fullstop !!

kalau rasa nak bercinta sekarang ini,peliharalah hati anda-anda dulu.haha
awal lagi ok. xkan lari gunung kalau di kejar.
sebab dah tertulis/tercatat segalanya di Luh Mahfuz.
jika dah bersedia/tiba masa yang sesuai utk bercinta, rencahilah cinta kita dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kita itu kerana Allah.

kalau belum bersedia untuk bercinta,jangan sesekali ungkapkan perkataan "I love You".
ingat,banyak lagi tanggunggjawab kita pada agama,ibu bapa dan diri kita sendiri.
dan jika belum bersedia utk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kpd org lain.

sekali lagi nak ingatkan, kalau rasa belum sampai waktu or x bersedia dari segi kewangan, ilmu agama dan berkaitan hal rumah tangga..lupakan dulu niat tu.

persiapkan diri dengan betul.
macam mana kita nak didik isteri dgn anak-anak kalau diri sendiri pun x betul lagi kan.

~ binalah rumah tangga sakinah mawaddah wa rahmah. insyaAllah,bahagia dunia dan akhirat.
*peringatan dan nasihat ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat, diri sendiri, dan kanak-kanak ribena di luar sana.
*juga buat seseorang yang diminati. sampai masa dan ketika nanti, insyaAllah biiznillah saya akan berterus terang pada awak..peace..!! haha

No comments:

Post a Comment