Sunday, February 13, 2011

Renung renungkan, fikir-fikirkan wahai teman !!

Sangka bersangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina),
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sikit disangka diet,
Orang baik disangka buruk,
Orang buruk disangka baik,
Orang senyum disangka mengejek,
Orang masam disangka merajuk,
Orang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang diam disangka menyendiri,
Orang menawan disangka pakai susuk,
Orang nampak ceria disangka membela,
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya..


Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..


Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya dan mentafsirnya...


Kadang-kadang,bila kita nilai seseorang dari luarannya tidak cukup utk membuktikan seseorang itu betul-betul sempurna..kenalilah hatinya terlebih dahulu kerana hati itu terletaknya nilai IMAN..

maksud hadith : " ketahuilah bahwa di dalam diri manusia itu terdapat seketul daging..andai rosak daging itu,rosaklah keseluruhannya,andai baik daging itu,baiklah keseluruhannya..ketahuilah sesungguhnya daging yg dimaksudkan itu adalah seketul HATI.."

No comments:

Post a Comment