Wednesday, October 05, 2011

Sayangnya Allah pada Perempuan


~ Siapa kata jadi perempuan tu SENANG ?
~ Nak kena tutup sana,tutup sini..

~ Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising..
~ Perempuan,stoking pon kena pakai..
~ Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari..
~ Komfem x tahan bertutup semua..
~ Tapi, perempuan cool jek..
~ Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah,hebat kan perempuan..

Siapa kata jadi perempuan tu senang ?
~ Tiap2 bulan,mesti ada penyakit
~ Nak pergi kelas pon susah..
~ Kalau boleh,masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit..
~ Cuba tengok budak lelaki ,selamber jek..
~ Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit..
~ Tapi,perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dgn penyakit tiap-tiap bulan,survive jek..
~ Tengah-tengah sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit..

Hebat kan perempuan ?
Siapa kata jadi perempuan tu senang ?

~ Hati ni Allah jadikan lembut betul..
~ Cepat jek sensitif..
~ Cuba tengok orang putus cinta..
~ Selalu perempuan yg paling susah nak lupa..
~ Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru..

~ Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan..
~ Siapa yg paling teruk menangis ?
~ Perempuan kan ? *lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan ?
~ Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki..
~ Hebat tak perempuan ?
~ Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah,ramai perempuan yg merajuk dengan Allah..

~ Diorang cakap,Allah x adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki ?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami ?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami ?

~ Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah..
~ Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan..
~ Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel..

~ Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'..
~ Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki..
~ Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati..

Kesian kan kat diorang ?
~ Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah,diorang sanggup rosakkan diri diorang..
~ Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil..

Persoalannya sekarang....

Betul ke Allah x adil dengan perempuan?

~ Betul,syurga perempuan terletak di bawah kaki suami..
~ Tapi,cuba ingat balik,syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya..

~ Betul,isteri kena ikut cakap suami..
~Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan?
~ Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan..

~ Untuk lelaki,syurga isterinya terletak di bawah kakinya
~ Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
~ Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
~ Tapi perempuan,ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
~ Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan ?

Kenapa perempuan hebat ?
~ sebab kasih sayang Allah yg jadikan perempuan hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
~ Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
~ Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan,sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
~ Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:
~ 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:
~ 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan ?
~ Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
~ Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
~ Perempuan senang nak masuk syurga


Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan ?

Oh perempuan,sedarlah :-
~ Betapa sayangnya Allah dekat perempuan
~ Betapa cintanya Allah dekat perempuan

Tapi, kenapa nak rosakkan diri kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah ?

~ Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
~ Bayang,dunia yg besar ni,dunia yg cantik ni, wanita jadi hiasan
~ Dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia,kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak..Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya..Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu..Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi ?

sAy@Ng sEmUaNyA

Faisal Mohamed Darus (Abi) + Rositah Dali (Umi)

Abg Muadz (Bo'aih)

 this is ME (Bamar) !! *nyibok sikit (^_^)

 Aiman (Beman)

Amirah, Atiqah and Mardhiah

 Maisarah (Baby or adik)


sayang semuanya !!
Rumahku Syurgaku..hee ~

~SAYANG sgt2 dkt abi and umi..sayang sampai SYURGA
~bo'aih,serious bo'aih style derr..haha
~eman,kecik2 dulu kita selalu gadoh..yala,keras kepala bertemu baran..mmg nahas laa..hehe
  tp skang dh x gadoh2,dh besaq panjang pon kan..hee ~
~ suka sangat2 kacau adik2 pompuan  aku..HAHA
~ yg selalu jd mangsa,baby and tiqah la..kih3 *padan muka (=.=) !! LOL ~
~ suka sakat mirah and mardhiah..dh besaq ni semakin ayu and jd lebih muslimah..
~ bamar doakan adik2 pompuan sentiasa menjaga diri,akhlak dan peribadi masing-masing ok..



pressure + tension + serabut !!

midterm..midterm..midterm !!
arghhhhhhhhhhhh...
x kisah la kalau ada midterm tu pon kan..
but yg aku kisah,kenapa lah week yg sepatutnya ada midterm dulu lecturer cancel sumanya ?
why ? why and why ?

this week dah la Intergroup Sukan MIAT,
plus nak settlekan order baju-baju utk business lagi,
ke hulu ke hilir plak tu..
adoiiii...

this week saja suma paper electrical hoihh..
Circuit Analysis 2, Digital, Electromagnetic Wave and Control Systems..
boleh pecah kepala wehh kalau mcm ni..
selang sehari plak tu !! huh

week midterm dulu xnak plak buat kan..
pastu semua carry forward ke this week..
mmg la kebetulan lecturer buat mcm tu pon kan..
adoyaiii !!

ni yg rasa nak "meraung + menangis + meronta" nih..
naseb baik aku LELAKI,
even this week midterm,but still leh main sukan..
hilang sikit pressure + tension tu..
   ^_^

kurang la sikit rasa suma-suma tu..hee ~
Alhamdulillah aku dilahirkan menjadi seorang LELAKI..
kalau GIRLS nih,dah lama dorg nanges2 + call parents and mengadu or call 'abg' dorg..ngeh3

sorry la mengarut-ngarut kan,
but that's the fact..
isn't it ? hee ~

ok,chioww..nak tido dulu..
esok pagi time kelas sempat lagi nak skip lecturer ngajo,
study sendiri la jawabnya woihh..HAHA

Assalamu'alaikum semua (^.^)

Sunday, October 02, 2011

bring it on !!

Mencintai seseorang itu adalah hak kita,
Namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita,
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki,
Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki,
Atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik,
Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.

Jadikan ini sebagai satu pegangan :

" SAYA AKAN MENCINTAI ORANG YANG SAYA NIKAHI APABILA TIBA MASANYA KELAK "

Friday, September 30, 2011

isi tempat kosong


ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻚ ﺗﻘﺪﺭ ﻭﻻ ﺃﻗﺪﺭ ﻭﺗﻌﻠﻢ ﻭﻻ ﺃﻋﻠﻢ ﺇﻧﻚ ﺃﻧﺖ ﺍﻟﻌﻼﻡ ﺍﻟﻐﻴﻮﺏ.
ﻓﺈﻥ ﺭﺃﻳﺖ ﻟﻲ ﻓﻰ ﻓﻼﻧﺔ ______ ﺧﻴﺮﺍ ﻟﻲ ﻓﻰ ﺩﻳﻨﻲ ﻭﺩﻧﻴﺎﻱ
ﻭﺀﺍﺧﺮﺗﻲ ﻓﺎﻘﺾ ﻟﻲ ﺑﻬﺎ. ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻥ ﻏﻴﺮﻫﺎ ﺧﻴﺮﺍ ﻟﻲ ﻓﻰ ﺩﻳﻨﻲ
ﻭﺩﻧﻴﺎﻱ ﻭﺀﺍﺧﺮﺗﻲ ﻓﺎﻘﺾ ﻟﻲ ﺑﻬﺎ.

Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Berkuasa. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala yang ghaib. Engkau mengetahui bahawa_____________ baik untukku, untuk agamaku, duniaku, dan akhiratku, maka berilah dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya untukku, untuk agamaku, untuk duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain itu untukku.

saya bukan insan sempurna !!

Cinta ISLAM – Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.

Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:

“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”
“Saya cintakan awak kerana Allah..”
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”



Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”(Al-Israa’: 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.

Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.

Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.



“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”
“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”
“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”
“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.

Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
(Al-Nur 24 :26)

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.

Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.

Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)


Ingatlah!
~ Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan
*sungguh terasa dgn kelemahan diri sendiri...
(cuba baca kwn2..sekadar untuk berkongsi)

Saturday, September 24, 2011

sejatikah aku ?

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja,
tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada disebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

*aku masih belum sejati !!
perlukan sedikit masa untuk jadi sejati.
Ya Allah,kau perelokkanlah peribadiku.
Permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.

Friday, September 23, 2011

bicara hati



tahukah kamu apa yang ku pinta,
di setiap doa sepanjang hariku,
Tuhan tolong aku,
tolong jaga dia,
Tuhan aku sayang dia..
 
aku tak akan berhenti,
menemani dan menyayangimu,
hingga matahari tak terbit lagi,
bahkan bila aku mati,
ku kan berdoa pada Ilahi,
tuk satukan kami di syurga nanti..


Sunday, September 04, 2011

lambaianku

katakan TIDAK !!
err,apa yang aku cuba maksudkan ?

 jika kita memberi pengharapan kepada seseorang terutama berkaitan cinta.
amat susah untuk menjaga hati seseorang yang kita sayangi atau cintai.
setelah dia mula menyayangi, hendaklah kita menjaga hatinya.
Betul x ?
*tanya diri sendiri laa.haha

sbb tu bila kita merelakan hati utk bercinta, seriuslah dlm tindakan dan keputusan.
kalau hanya main-main akan ada pihak yang menangis.
bayangkan betapa sakit dan menderitanya bila permainkan perasaan orang.
kalau kena kat kita pun,kita terasa perit kan.
*fikirkanlah ^_^

semua kena faham,cinta pertama kita akan kekal bersama sehingga akhir hayat kita. InsyaAllah..
ibarat gambar foto yang kita ambil dan simpan dlm album.
kekal di situ meskipun ada banyak lagi gambar yang kita ambil dan letakkan di atasnya.

cinta adalah fitrah manusia, Allah menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kpd hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka.

Firman Allah :
 “Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49)

ingin bercinta dan ingin dicintai itu adalah fitrah.
cuma mestilah kena pada masa dan keadaan yang sesuai kan.
Allah memang menciptakan segala sesuatu yang ada di dunia ini saling berpasang-pasangan.
ada langit ada bumi, ada siang ada malam, ada kanan ada kiri, ada atas ada bawah, dan ada laki-laki ada perempuan.

dengan memenuhi "syarat dan rukunnya" itu manusia dapat mencapai kebahagiaan hidup berumah tangga yang sebaik-baiknya dan juga terhormat melalui ~ Nikah : connecting people ^_^

sekarang ni aku tengok,budak-budak sekolah yang "couple" ni mcm cendawan tumbuh selepas hujan.
banyak gila laa weh. kalau form 4 mcm tu xpa lg laa. *kira standard not modified laa
ni tidak,yang baru nak kenal dunia (stadard 5-form 3) tu dah hebat sangat !!
tobat aku menyampah tengok !! fullstop !!

kalau rasa nak bercinta sekarang ini,peliharalah hati anda-anda dulu.haha
awal lagi ok. xkan lari gunung kalau di kejar.
sebab dah tertulis/tercatat segalanya di Luh Mahfuz.
jika dah bersedia/tiba masa yang sesuai utk bercinta, rencahilah cinta kita dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kita itu kerana Allah.

kalau belum bersedia untuk bercinta,jangan sesekali ungkapkan perkataan "I love You".
ingat,banyak lagi tanggunggjawab kita pada agama,ibu bapa dan diri kita sendiri.
dan jika belum bersedia utk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kpd org lain.

sekali lagi nak ingatkan, kalau rasa belum sampai waktu or x bersedia dari segi kewangan, ilmu agama dan berkaitan hal rumah tangga..lupakan dulu niat tu.

persiapkan diri dengan betul.
macam mana kita nak didik isteri dgn anak-anak kalau diri sendiri pun x betul lagi kan.

~ binalah rumah tangga sakinah mawaddah wa rahmah. insyaAllah,bahagia dunia dan akhirat.
*peringatan dan nasihat ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat, diri sendiri, dan kanak-kanak ribena di luar sana.
*juga buat seseorang yang diminati. sampai masa dan ketika nanti, insyaAllah biiznillah saya akan berterus terang pada awak..peace..!! haha

Thursday, September 01, 2011

live.life.love !!



Leek,ana melki leek,
(for you,i'm for you)
ta'ala arrab dommeni,
(come closer and hug me)
makhtag eleek,
(i need you)
leek o rokhi feek,
(for you and my soul is only for you)
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek.
(oh love of my life,all my life,i'll live it for you)

hawak howa el khaya,
(your love is the life)
wentallana ba'sha' hawa,
(and you're the one whose love I love)
kan albi monaah,
(my heart used to wish)
aghmal malak yekoon ma'ah.
(that the most beautiful angel would be with it)

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya,
(yah,my heart called you)
yah ba'd esneen shok,
(yah,after years of longing)
wa khaneen alak eek hena ma'aya,
(and yearning I find you here with me)
yah dommeni leek,
(yah,hug me to you)
danta habibi hayaty leek,wa ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek,
(i'll sacrifice my life for you my love)
wa 'omri fadak.
(and my life is yours)

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya,
(yah,my heart called you)
yah ba'd esneen shok,
(yah,after years of longing)
wa khaneen alak eek hena ma'aya,
(and yearning I find you here with me)
yah dommeni leek,
(yah,hug me to you)
danta habibi hayaty leek,wa ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek,
(i'll sacrifice my life for you my love)
wa 'omri fadak.
(and my life is yours)

Eih,akhtag le eih,
(what,what will i need)
law konti ganby ma'aya daiman,
(if  you were by my side with me always)
kolly eh, 
(tell me what?)
ya dana min zaman,
(yah,for a long time i've waiting)
makhtag le albi hessi beya o hessi beeh.
(needed a heart to feel me and i'd feel it in return)

hawak howa el khaya,
(your love is the life)
wentallana ba'sha' hawa,
(and you're the one whose love I love)
kan albi monaah,
(my heart used to wish)
aghmal malak yekoon ma'ah.
(that the most beautiful angel would be with it)

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya,
(yah,my heart called you)
yah ba'd esneen shok,
(yah,after years of longing)
wa khaneen alak eek hena ma'aya,
(and yearning I find you here with me)
yah dommeni leek,
(yah,hug me to you)
danta habibi hayaty leek,wa ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek,
(i'll sacrifice my life for you my love)
wa 'omri fadak.
(and my life is yours)

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya,
(yah,my heart called you)
yah ba'd esneen shok,
(yah,after years of longing)
wa khaneen alak eek hena ma'aya,
(and yearning I find you here with me)
yah dommeni leek,
(yah,hug me to you)
danta habibi hayaty leek,wa ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek,
(i'll sacrifice my life for you my love)
wa 'omri fadak.
(and my life is yours)
 

Monday, August 29, 2011

i'll be missing you !!


Taqaballahu minna wa minkum

'May Allah accept from us and from you'

*selamat tinggal Ya Ramadhan..
*semoga ibadah kita sepanjang "kem Ramadhan" kali ini diterima Allah..insyaAllah 
*mohonlah kepada Allah agar dipanjangkan umur supaya dapat bertemu dengan       Ramadhan seterusnya..aminn

Saturday, August 27, 2011

setiap kegembiraan itu pasti ada kesedihan

bertolak dari kampus (UniKL MIAT) dlm pukul 10 pg camtu.
amik kakak kpd member then tukar keta dia.
plan balik naik kereta si kakak utk balik ke Kedah.

pukul 11 lebih camtu sampai dkt Uitm Puncak Alam.
tukar keta,then terus bertolak balik.

otw tu mmg happy2 laa.
gelak and ketawa tanak kalah.
bising satu keta.

melawak,main patung Minnie Mouse ngan Rabbit (kot).
nyanyi lagu raya.
dalam pukul 2.30 camtu sampai Ipoh.
tukar driver.

bagi si kakak plak drive.
saja nak bg biasa bawak balik ikot highway coz this is her first time driving going back home.

mula2 dah mcm cuak laa.
sebab si kakak mcm yakin x yakin.
then si adik suruh si kakak cuba bawak laa.

ingatkan kalau highway xde ape la kan.
coz jalan straight je,x mcm kt KL.
si kakak selalu je bawak keta kt KL.
x penah plak excident kan.

pukul 3.30 camtu sampai kt terowong Jelapang.
lepas pd terowong je ade jalan curam and selekoh.

on the spot at that time,ade accident kurang dr 20 meter dr tempat ktorg.
si kakak dah cuak.
tekan brek but still sliding on the road.
si kakak lepaskan tangan and menjerit panggil si adik.

"naimmmmmmmmmmmmm"...

aku mcm x caya sbb x sampai bapa saat je dh berlanggo.
seriously mcm dlm movie pon ada gak.

2 kali langgar keta org depan.
Getz warna merah yg first kena langgar.
keta tu ke sebelah kiri jalan.
then langgar plak keta kt depan,Honda City bhai !!

time tu si kakak dah blurr.
tatau nak cakap ape.
aku ngan si adik ni pon blurr.

then,aku yg kena settle.
coz dorg xtau nak sttle camna.
aku ajak owner keta yg terlibat g IPD Kuala Kangsar.
settle dkt balai senang.

kalau settle atas highway.
ribu2 gak nak kena bayar,
mana nak cari duit wehh.
mmg kena gadai suma yg ada la. HAHA

lama gak nak settle.
2 jam lebih nk settle report dkt balai polis.
alhamdulillah,radiator keta xde ape2 problems.

kalau ade probs,mmg kena menapak cari bas laa utk balik Kedah. HEHE

selamat sampai di Sp,Kedah pukul 10 malam mcm tu.

10 jam perjalanan dari Shah Alam-Sp.
perghhh !!!

Alhamdulillah aku masih hidup.
but still mcm x caya semalam aku accident. hee ~


 keta baru 2 bulan beli.

time langgar Getz xde ape sgt.
lepas langgar Honda City jd camni terus !!

dah macam muka kena tumbuk pon ada. HAHA

nice one !!


Wednesday, August 24, 2011

alhamdulillah.

Ya Allah,aku bersyukur kepadamu kerana telah mengurniakan rezeki kepadaku di bulan Ramadhan ini..

Syukur tidak terhingga di atas kurniaanmu sepanjang aku menceburi bidang perniagaan ini..

Ya Allah,jika ada rezeki lebih,teringin sekali untuk menziarahi bumi Mekah untuk mengerjakan Umrah bersama Umi dan Abi tersayang..

Aku memohon kepadamu agar dimurahkan rezeki dan juga sentiasa mensyukuri nikmat yg telah engkau berikan..
Aminn Ya Allah..

*jauhkanlah diriku dari sifat-sifat tamak serta riak dalam menjalankan urusan perniagaanku..aminn



Tuesday, August 23, 2011

lOvE iS nEveR wIthOuT jEaLoUsY

"Abang nak dengar cerita tak?" Soal Zahra, isteriku yang baru beberapa hari kunikahi. Lembut dan lunak sekali suaranya.

Ketika itu aku sedang menghadam kitab Usul Fiqh tulisan Syekh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan. Ulama kelahiran Iraq yang tekun mendidik dan berdakwah di Yaman. Beliau terkenal dengan kealimannya dalam bidang Fiqh dan Usul serta Dakwah.

Sengaja aku meneruskan bacaan. Aku berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.
"Abang, nak dengar tak cerita saya. Emm...tak pelah." Dia mencebik muka.


Itulah yang aku tunggu. Lantasku tutup kitab fiqh dan aku letakkan di atas meja kecil disisi sofa. Aku bangun melangkah dan mendekati isteriku yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai beralaskan permaidani berona coklat. Aku memilih kedudukan betul-betul dihadapannya. Mata kami bercantum empat. Pandangan kami menyatu. Perlahan-lahan ku hulurkan kedua tangan, dan ku pegang pipinya. Lalu ku dekatkan bibir ke wajahnya. Dia menutup mata. Kemudian... tangan nakal ku mencubit lembut hidungnya.

"Haa! haa..!" Aku pantas bangkit dan melarikan diri.
"Abang!" Zahra cukup geram dengan perbuatanku tadi. Dia terus bingkas dan mengejar-ngejar aku dibelakang.

Suasana menjadi riuh dengan suara gelak dan tawa kami. Gelagat kami seakan-anak anak kecil yang sedang bermain kejar-kejaran. Mujurlah kami belum punya cahaya mata. Kalau tidak pasti mereka merasa pelik melihat gelagat kami yang seperti mengalahkan mereka ini. Melihat keadaan isteri yang semakin letih, aku tidak betah untuk terus berlari. Sengaja ku beralah. Pantas sahaja dia menangkap tubuhku, lalu melancarkan serangan. Berkali-kali.

"Sayang! Abang cubit sekali je tadi," ujarku cuba membela diri sambil ketawa.
"Ah. Tak kiralah abang yang mula dulu. Sekarang terimalah balasannya." Zahra sehabis mungkin mengenakanku kembali. Habis tubuhku dicubitnya manja. Dia mengilai riang, kemenangan. Aku tidak bisa berbuat apa-apa lagi, hanya mampu redha dengan kemenangan Zahra. Seraya itu, ku perhatikan tingkahnya. Suaranya. Gelak tawanya. Manja dan menawan hati. Dia benar-benar mampu mengubat hatiku, aku benar-benar gembira dan bersyukur pada Allah kerana dijodohkan dengan wanita semulia dan secantik Zahra. Terima kasih Allah!

Dalam kegembiraan dia mencubitku, dengan pantasku tangkap serangan terakhirnya. Aku pegang kedua tangannya. Zahra terdiam kaku. Aku pandang tepat ke wajahnya. Sedikit titik air terlihat dikelopak matanya. Aku sekat air mata bahagia itu dengan jari jemariku. Perlahan-lahanku kucup ubun-ubunnya, lembut dan kurangkul tubuhnya erat dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang yang dibina kerana Allah. Aku bahagia, dan ku pasti dia juga turut merasai kebahagiaan ini.

"Abang ni, sampai hati kenakan Zahra tau!" Dia pura-pura merajuk dan membulatkan matanya, walaupun begitu tetap terpancar rona-rona keceriaan disebalik rajukan yang dibuat-buat itu.
"Sekali-sekala abang nak bergurau dengan Zahra, seronok juga kan."

Selorohku sambil ketawa kecil.
Aku memimpin Zahra dan membawanya ke arah kerusi yang terletak di balkoni. Daripada balkoni itu, kami dapat menikmati angin bayu yang begitu mendamaikan kerana balkoni tersebut benar-benar menghadap pantai. Aku selesa disini bersama isteriku yang tercinta. Kami masing-masing mendiamkan diri, menikmati kedinginan malam dan keindahan bulan di langit. Butir-butir bintang berkelip indah, bukti kekuasaan Yang Maha Esa.

Beberapa ketika selepas itu, aku memperbetulkan kedudukan ku diatas kerusi dan merebahkan tubuh ke sandaran kerusi berlapikkan span. Zahra tanpa disuruh, menyandarkan kepalanya ke dadaku. Hati ini terasa sejuk dan tenang sekali. Alangkah indahnya nikmat Tuhan, aku dapat bermesraan dengan wanita yang halal bagiku, sudah tentu ia akan dikira sebagai ibadah. Dalam sepi aku terfikir, inilah hikmah perkahwinan yang seringku baca dalam kitab-kitab dan hadith-hadith Nabi, sesungguhnya Allah telah membuka pintu-pintu kenikmatan yang membuahkan pahala.

Lama membisu dan melayan perasaan, tiba-tiba Zahra mengungkapkan tutur yang membelah kesunyian.

"Pernah suatu ketika dulu, sebelum Allah menyatukan kita. Waktu itu kita sama-sama menuntut di universiti. Zahra begitu kagum dengan seorang pemuda. Zahra rasa dia adalah lelaki paling mulia di dunia. Dialah pemuda sejati yang menempatkan ibadah dan dakwah di atas segalanya. Sungguh Zahra kagum dengan keperibadiannya. Kebijaksanaannya menyantuni orang-orang sekeliling membuatkan hati-hati yang menjadi dekat dengannya. Bicaranya ibarat zikir-zikir yang sering mengingatkan orang-orang sekeliling akan Allah. Tingkahnya membuatkan orang-orang merasa senang bahkan bisa tersentuh."

Aku cuma mendengar. Membiarkan Zahra meneruskan kalimah-kalimahnya.

"Zahra tidak pernah menyangka Zahra sudah jatuh hati pada pemuda itu. Sungguh Zahra tidak pernah menyangka perasaan itu dan Zahra pernah berkali-kali menafikannya. Namun Zahra tidak kuat menolak cinta yang hadir dalam diri. Zahra tewas dengan perasaan sendiri."
Kemudian Zahra terdiam. Dia memandangku dengan pandangan sayu.
Wajahku seakan berubah. Demi Allah, aku benar-benar cemburu kepada pemuda itu. Masakan dia bisa mencuri hati seorang wanita mulia. Seorang muslimah yang sangat aku sanjungi dan kagumi keperibadiannya. Malah, wanita ini sekarang telah menjadi permaisuri hidupku. Aku ingin sekali bertanya. Pelbagai persoalan muncul di fikiranku namun ku biarkan Zahra dengan bicaranya dan aku akan cuba dengar dengan saksama.

"Namun abang, Zahra masih kuat untuk mendidik nafsu sendiri. Zahra tidak tertewas dengan pujukan syaitan yang berkali-kali mengajak Zahra menerobos ke ruang maksiat. Zahra masih punya sifat malu yang menebal. Mustahil untuk Zahra menanggalkan pakaian mulia itu. Pakaian yang dinamakan malu. Maka dengan perasaan malu yang mendalam itulah Zahra bertahan membuang segala rasa yang mungkin mengganggu hari-hari Zahra. Zahra tidak mahu terjebak ke jurang cinta seusia itu kerana Zahra telah tekadkan dalam diri bahawa hidup saya semata-mata untuk menelaah ilmu dan menjunjung perintah Allah didalam al-Quran. Cinta sebelum bernikah adalah cinta semu yang tidak harus diagung-agungkan. Lalu Zahra pendamkan rasa cinta Zahra pada pemuda itu, kerana Zahra berkeyakinan bahawa jodoh adalah rahsia Allah yang tidak bisa disingkap oleh insan melainkan dengan kudrat-Nya."

Zahra berhenti berbicara seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam. Perkara ini seperti terlalu serius dan penting baginya. Aku menjadi risau dan soalan demi soalan kian menjengah ke dalam fikiranku.

"Zahra berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Bulat-bulat Zahra berserah kepada Allah perihal jodoh. Kerana Zahra yakin akan bicara Allah dalam kalam-Nya:

"(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia."
(Surah An-Nuur:26)"

Zahra memandangku lembut. Dia pasti dapat meneka riak air mukaku. Aku cemburu Ya Allah. Mengapa perlu isteriku ini bercerita perihal pemuda lain dihadapanku. Walaupun aku kini pemiliknya yang sah namun aku tidak dapat menghalang jiwaku daripada perasaan cemburu ini. Namun Zahra masih mahu menyambung kisah nya.

"Pemuda yang mulia untuk wanita yang mulia. Jadi, Zahra berdoa tidak henti-henti moga Zahra dipertemukan dengan pemuda itu jika Allah mengkehendaki."

Tanpaku sedari Zahra mencuri pandang kearahku. Dia kini seperti menangkap perasaan di hatiku yang sedari tadi membuak-buak rasa cemburu.

"Abang cemburu?" Soalnya lembut dan manja.

"Love is never without jealousy," jawabku perlahan. Zahra berterusan membisu dan memandangku seakan mengerti masih ada bait-bait kata yang ingin aku ucapkan kepadanya.

"Bertuahnya lelaki tu. Mesti dia seorang yang hebat kan? Yelah, seorang wanita secantik dan semulia Zahra pun memuji dan mencintainya. Siapa lelaki tu sayang? Abang kenal dia?" Aku menyoal Zahra bertubi-tubi namun nadaku masih lembut walaupun hatiku bergetar ingin tahu siapa lelaki yang isteriku cintai ini.

"Abang nak tahu siapa dia?" soalnya semula kepadaku. Eh, bukankah aku yang banyak bertanya soalan kepada dia tapi dia pula yang menyoalku kembali. Aku berasa sedikit geram dalam penantian.
Dia kemudian memegang tanganku dan diciumnya dengan penuh takzim. Lalu dengan sungguh-sungguh dia berkata.

"Abang, you are the man that i loved since the first time i met you in University. Zaid! Masya-Allah, now you've already be my husband, and i will give all my life to you, in the name of Allah." 

Hatiku gerimis. Basah dengan bicaranya yang penuh makna. Aku pandang wajahnya dalam-dalam sembari menikmati keindahan dan kecantikan wajahnya. Hatiku kini tenang. Sungguh benar sabda Nabi Muhammad SAW:

"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."
(Hadis riwayat Ibn Jabir)

"Sayang, wajahmu seindah bidadari di syurga. Abang sangat beruntung dan bangga kerana menikahi seorang isteri solehah seperti sayang" Lirihku lembut.

"Dan abang adalah lelaki terbaik yang pernah Zahra temui. Abang cinta pertama dan terakhir Zahra." Lirihnya kembali.

Perasaan kami, jiwa kami, hati kami, segalanya kini bersatu. Aku mencintai isteriku dan berjanji akan selamanya menjaga amanah Allah ini hingga ke syurga. Akan kami teruskan ibadah yang suci ini dan kami mengharapkan akan dikurniakan anak-anak yang soleh yang akan memakmurkan bumi Allah dengan kebenaran dan rahmat Islam kelak.


"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
(Surah Ar-Ruum: 21)

Monday, August 22, 2011

RENUNGAN : Aku tak Sembahyang (Solat) TETAPI aku Berjaya !

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga.

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?
: Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj?

Apakakah maksud istidraj?
: Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan.

Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.

Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya….

Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

semuanya milik Allah


Ya Allah,tersentuh hati ni..

menarik

Pandangan dari ruangan i love islam. sekadar perkongsian

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." macam iblis orang yang bercakap mcm tuu.. harap paham

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Sunday, August 21, 2011

nilai sendiri

bukan minta utk dinilai,ttp cuba utk menilai.
nilai yg baik,dan nilai yg buruk.
kalau nilaian nya baik,maka akan ada puji-pujian dan ramailah yg suka.
dan andai nilaian nya buruk,maka akan ada kutukan2 dan ramailah yg membenci.

menilai ni ada pelbagai cara.
mcm menilai mata wang jugak.
kalau jumlahnya lg tinggi,maka rasa heaven pon ada.
tp kalau jumlahnya sikit,hampeh and selalu rasa x cukup.
 bukan bermaksud x cukup dan rasa tidak bersyukur,cuma kadang2 rasa memang x cukup.haha

sama jugak kalau kita menilai manusia.
menilai dr segi luaran,sbb itu yg selalu kita buat.
mcm contoh duit td la.
faham kan?

so,nak menilai ni bukan hanya pd luaran.
tp,dalaman juga perlu.
mcm duit jugak lah,Rm 50 tu boleh buat mcm2.
buat topup,pergi stadium,beli gadget,makan KFC,and banyak lg la.
senang cakap,kira heaven laa kalau ada Rm50 dlm tangan.
Rm50 tu pun bangga sbb selalu digunakan dkt tempat2 yg org ramai suka kunjungi.

cuba tanya pd Rm 1,apa boleh buat dgn Rm 1?
cukup ke nak buat topup?
koman2 pon minimum Rm 3.
setakat nak minum air kotak lepas la,x mcm Rm 50 td.buat makan KFC 
heaven bai !!
tp,nilai dalamannya Rm 1 ni lagi hebat syeikh.

selalu jumpa dekat tabung2 masjid.
koman2 org derma Rm 1,betul x?
kadang2 ja Rm 5,jarang2 plak jumpa Rm 10 dan agak susah nak jumpa Rm 50 kan?
sama macam menilai manusia.
luaran nampak baik,dalam kita tahu ke? 
kompem2 x kan,sbb kita bukan tahu ape dia buat.
klo dkt luar,nampak la.tp klo dalam gelap,nampak x?
so,susah la nak menilai kan? yedak?

kalau nak menilai seseorang tu,kena pd awal.
sbb tu ada pepatah mengatakan "tak kenal maka tak cinta"
maksudnya bukan la kenal sampai ambik tau hal peribadi.
sampai nak tau buat apa tiap-tiap hari.

cukup kalau kenal sebagai sahabat,x pun sebagai kawan.
proses ukhuwwah tu penting.
baru kita akan kenal sahabat2 atau kwana2 kita.
perlu masa utk menilai,bukan sehari dua.
kita baru lahir nak kenal huruf pon ambik masa yg lama.

ini plak sikap atau peribadi seseorang.
x kan laa sehari dua dah kenal kan?
sebulan? setahun?
belum tentu syeikh.
kalau betul2 nak nilai dan kenal seseorang tu perlu masa yg lama.

then,bila dah kenal tu and dh dpt menilai.
mesti kena beringat,jangan terlalu yakin bahwa apa yg kita kenal atau nilai terhadap attitude seseorang tu adalah yg sempurna.
manusia ni berubah.hati dan perasaan yg mengubah manusia.
sbb tu klo nak judge orang,kena waspada.

*p/s : maaf kalau x faham..biasa laa post pagi2 buta..kalau faham bagus laa..kalau x fahan,buat2 faham laa ea..peace yoo !!